Selasa, 24 November 2009


PUDING KEK

Bahan-Bahan:

30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) 2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla

Cara:

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Cadangan Hidangan:

Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.



MEE HAILAM ISTIMEWA BONDA

Bahan-bahan:

½ kilo mee kuning

3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air

100 gm daging
100 gm ayam 6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat

½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong

4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

cara memasak:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

resepi kari kepala ikan tenggiri


KARI KEPALA IKAN

Bahan-Bahan:

1 kg kepala ikan tenggiri
1 paket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu halia campur
1 biji kelapa (ambil santannya) 1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato
3 biji cili muda
5 tangkai kacang bendi

Garam dan serbuk perasa.

Minyak untuk menumis

Cara memasak:

Bawang putih dan bawang merah dimayang halus. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan halia, daun kari dan bawang yang dimayang tadi hingga naik baunya. Kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga garing. Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk perasa dan asam jawa. Apabila sudah mendidih, masukkan kepala ikan tadi. Masak dengan api yang sederhana kuat. Setelah itu, masukkan cili muda, buah tomato dan kacang bendi dan masak untuk seketika. Angkat dan hidangkan.

Isnin, 23 November 2009


KUIH KOCI

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut putih atau hitam
250 gm kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Minyak secukupnya

Cara:Ambil santan anggaran 3/4 cawan.
Kemudian campurkan tepung pulut dan garam secukup rasa.

Cara-Cara:

Daun pisang dipotong empat segi dan disapukan dengan sedikit minyak. Ambil sejemput adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Leperkan bahagian tengah dan masukkan inti di dalamnya dan tutup semula. Bungkus adunan ini seperti nasi lemak dan lakukan sehingga selesai kesemuanya. Kuih koci ini bolehlah dikukus sehingga ia masak.



TOMYAM CAMPUR

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam (dipotong kecil)
¼ kg udang
2 batang serai(ditumbuk)
2 labu bawang besar(dibelah enam)
1 kiub perasa tom yam
2 camca besar air asam limau nipis ¼ kg sotong
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(dibelah enam)
2 camca besar cili boh atau cili serbuk
Gula dan garam secukup rasa

Cara:

Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut.

Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula,

garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah

tadi.


NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahan:

1 kg beras
1 liter air
1 tin susu cair
2 biji limau nipis
20 gm minyak sapi
20 gm buah gajus & kismis
½ sudu teh pewarna hijau,merah&kuning

Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
10sen kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.

Cara:

Tumiskan bahan A dgn minyak sapi. Apabila naik baunya,masukkan air,susu cair & limau nipis. Letakkan sedikit garam. Setelah mendidih,masukkan beras, buah gajus & kismis.Masak hingga kering & masukkan pewarna.



resepi bonda





NASI LEMAK

Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)


Garam secukup rasa Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kering (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat

Cara untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.