Selasa, 24 November 2009


PUDING KEK

Bahan-Bahan:

30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) 2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla

Cara:

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Cadangan Hidangan:

Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.



MEE HAILAM ISTIMEWA BONDA

Bahan-bahan:

½ kilo mee kuning

3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air

100 gm daging
100 gm ayam 6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat

½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong

4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

cara memasak:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

resepi kari kepala ikan tenggiri


KARI KEPALA IKAN

Bahan-Bahan:

1 kg kepala ikan tenggiri
1 paket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu halia campur
1 biji kelapa (ambil santannya) 1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato
3 biji cili muda
5 tangkai kacang bendi

Garam dan serbuk perasa.

Minyak untuk menumis

Cara memasak:

Bawang putih dan bawang merah dimayang halus. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan halia, daun kari dan bawang yang dimayang tadi hingga naik baunya. Kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga garing. Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk perasa dan asam jawa. Apabila sudah mendidih, masukkan kepala ikan tadi. Masak dengan api yang sederhana kuat. Setelah itu, masukkan cili muda, buah tomato dan kacang bendi dan masak untuk seketika. Angkat dan hidangkan.

Isnin, 23 November 2009


KUIH KOCI

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut putih atau hitam
250 gm kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Minyak secukupnya

Cara:Ambil santan anggaran 3/4 cawan.
Kemudian campurkan tepung pulut dan garam secukup rasa.

Cara-Cara:

Daun pisang dipotong empat segi dan disapukan dengan sedikit minyak. Ambil sejemput adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Leperkan bahagian tengah dan masukkan inti di dalamnya dan tutup semula. Bungkus adunan ini seperti nasi lemak dan lakukan sehingga selesai kesemuanya. Kuih koci ini bolehlah dikukus sehingga ia masak.



TOMYAM CAMPUR

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam (dipotong kecil)
¼ kg udang
2 batang serai(ditumbuk)
2 labu bawang besar(dibelah enam)
1 kiub perasa tom yam
2 camca besar air asam limau nipis ¼ kg sotong
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(dibelah enam)
2 camca besar cili boh atau cili serbuk
Gula dan garam secukup rasa

Cara:

Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut.

Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula,

garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah

tadi.


NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahan:

1 kg beras
1 liter air
1 tin susu cair
2 biji limau nipis
20 gm minyak sapi
20 gm buah gajus & kismis
½ sudu teh pewarna hijau,merah&kuning

Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
10sen kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.

Cara:

Tumiskan bahan A dgn minyak sapi. Apabila naik baunya,masukkan air,susu cair & limau nipis. Letakkan sedikit garam. Setelah mendidih,masukkan beras, buah gajus & kismis.Masak hingga kering & masukkan pewarna.



resepi bonda





NASI LEMAK

Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)


Garam secukup rasa Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kering (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat

Cara untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.


resepi


LAKSA

Bahan-bahan : Bahan Giling:

250 gm mee laksa (dicelur & ditoskan) 2 batang serai (dihiris halus)
250 gm ikan tenggri cabut tulang 2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa 12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
10 ulas bawang merah

Cara:

Campurkan bahan giling ke dalam santan cair. Giling kedua-dua jenis ikan tadi & campurkan.

Rebuslah selama 30 minit. Kemudian kecil api & didihkan perlahan-lahan selama 30 minit. Kacau selalu.

Masukkan santan pekat & garam. Masaklah dengan berkacau-kacau hingga pekat. Kecilkan api

kemudian tutup periuk itu & biarkan.

Untuk menghidangkannya:

Letakkan sedikit mee laksa dalam mangkuk-mangkuk yang berasingan.Campurkan sedikit bahan tabur

di atasnya. Tuangkan kuah di atasnya & hidangkan dengan segera.



UDANG MASAK SAMBAL

Bahan-bahan:

Udang besar 1 kilo
Bawang besar 2 biji
Cili kering 7 tangkai
Belacan secubit
Bawang besar setengah biji, dihiris
Air asam jawa satu mangkuk
petai

Cara:

1.Bersihkan udang. Potong ekor dan kepala.

2.Bawang besar, cili kering dan belacan dimesin sehingga lumat.

3.Panaskan minyak.

4.Masukkan cili yang dimesin bersama udang.
5.Goreng sehingga udang masak dan cili garing.
6.Taburkan hirisan bawang.
7.Sedia untuk hidangan.

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan bersama nasi panas.

Tambahan:

Boleh ditambah sayuran seperti petai jika mahu.



NASI LEMAK

Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)

Garam secukup rasa Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kering (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat

Cara untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.




NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahan:

1 kg beras
1 liter air
1 tin susu cair
2 biji limau nipis
20 gm minyak sapi
20 gm buah gajus & kismis
½ sudu teh pewarna hijau,merah&kuning

Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
10sen kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.

Cara:

Tumiskan bahan A dgn minyak sapi. Apabila naik baunya,masukkan air,susu cair & limau nipis. Letakkan sedikit garam. Setelah mendidih,masukkan beras, buah gajus & kismis.Masak hingga kering & masukkan pewarna.



TOMYAM CAMPUR

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam (dipotong kecil)
¼ kg udang
2 batang serai(ditumbuk)
2 labu bawang besar(dibelah enam)
1 kiub perasa tom yam
2 camca besar air asam limau nipis ¼ kg sotong
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(dibelah enam)
2 camca besar cili boh atau cili serbuk
Gula dan garam secukup rasa


Cara:

Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut.

Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula,

garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah

tadi.


GULAI LEMAK PUCUK PAKU

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk paku (RM1 di pasar malam)

1 batang lobak merah (dihiris)

1 biji bawang merah (dihiris)

1 cawan santan cair

1/2 cawan pati santan

1 batang serai (dititik)

Sekeping asam jawa

1/4 sudu kecil serbuk kunyit

1/2 sudu kecil serbuk cili / cili boh

Garam secukup rasa


Cara-cara:

Siang pucuk paku. Kemudian masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk. Masak hingga pucuk paku layu. Tuang pati santan dan kacau hingga mendidih. Sudah siap untuk dihidangkan.



GULAI TEMPOYAK IKAN TERUBUK

Bahan-bahan:

2 ekor ikan(ikut suka ikan jenis apa)
3 sudu tempoyak
4 biji cili merah - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai - dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup pun boleh)
10 biji cili padi - tumbuk
1 biji timun cina(timun biasa pun boleh)-potong 4
garam & gula secukup rasa

Cara:

Semua bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan masukkan air serta serbuk kunyit.Biar mendidih masukkan timun serta ikan.Tunggu sebentar biarkan ia mendidih. Kemudian boleh dihidangkan.


Tambahan:

Sekiranya guna kunyit hidup perlu ditumbuk dgn semua bahan-bahan yang lain.



GULAI ASAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:

3 biji bawang merah
1 inci belacan
1/2 biji kunyit hidup
1 ekor ikan kembung - potong
dua
6 biji bendi
1 senduk cili kering blender

1 keping asam keping
Daun kesum secukupnya
Air secukupnya untuk kuah

Cara :

Masukkan ikan dalam periuk, masukkan asam keping, daun kesum, cili kering, air secukupnya untuk

kuah.kemudian masukkan juga bahan yang di tumbuk, kacau rata.
Kemudian, jerangkan atas api, bila dah gelegak, masukkan garam & juga bendi.
Kemudian, rasakan garamnya, tutup api.




KUIH MUIH TEMPATAN



KUIH SERI MUKA

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:

3 cawan beras pulut

3 cawan santan cair

½ sudu teh garam


Lapisan atas:

3 cawan santan pekat

4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)

½ sudu teh pewarna hijau

½ cawan gula

½ cawan tepung gandum

½ cawan tepung jagung atau kastad

1 biji telur

1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:

Lapisan bawah:

Gaul rata semua bahan. Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.

Tekan padat pulut yang telah masak tadi.


Lapisan atas:

Kisar semua bahan dan tapis. Kemudian tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. Kukuskan lebih

kurang ½ jam. Sejukkan dahulu baru potong. Sedia untuk dihidangkan.




KUIH KARIPAP

Bahan-bahan inti: Bahan doh :

1 kg kentang/keledek (dipotong dadu) 1 kg tepung gandum (ayak)

600 gram bawang besar (dipotong dadu) 1 sudu garam
800 gram daging lembu/ayam(dipotong dadu) ¾ buku lepa susu

1 biji bawang besar 2 biji telur
3 ulas bawang merah 1 cawan ais
4 ulas bawang putih 500 ml air

1 inci halia ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
1 sudu makan jintan manis
1 bungkus serbuk kari
¾ cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 sudu makan besar gula

1 sudu makan garam
½ sudu teh serbukperisa (jikamahu)

700 ml air


Cara pembuatan inti:
Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk
dan goreng hingga garing. Masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga
bergumpal. Kemudian masukkan daging/ayam dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa, air dan kentang/keledek. Biarkan mendidih hingga agak kering. Masukkan bawang dadu dan
kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Untuk Kulit :
Masukkan tepung ke dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais.
Sementara itu gaul tepung dan telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu atas api
kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul dengan hujung jari hingga
menjadi serbuk roti. Masukkan air ais bergaram sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi
doh. Rehatkan ½ jam. Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu inti, tutup dan kelim kemaskemas / gunakan acu karipap untuk menutupnya dan
elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan. Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.




BINGKA JAGUNG

Bahan-bahan:
500 gram santan
1 sudu teh garam
3 biji telur
200 gram tepung gandum
100 gram gula
50 gram marjerin
2 sudu makan tepung kastad
½ tin jagung berkrim
½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara-cara pembuatan:

Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api. Sementara itu sapu rata acuan atau loyang

dengan marjerin. Tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Taburkan bijan goreng di atasnya.
Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° selama sejam hingga masak.

Sejukkan dan potong.